Korang tengok dan menilai sendiri .. betul ke yang tengah menari tu .. Elyana?
Kalau dilihat keseluruhan video yang telah diupload di dalam Youtube selama 2.59 minit ini. Memang korang akan perasaan, gadis tersebut .. sebijik macam Elyana. Dengan senyumannya .. gelak ketawanya .. memang seiraslah. Kalau orang cakap kembar pun .. pasti korang percaya. Sampaikan Elyana yang sebenar pun tak senang duduk serta mengeluarkan kenyataan dan menafikan bahawa yang menari ala² gedik tu .. memang bukan dia.
Lagi satu .. korang perasaan tak perempuan yang asyik bercakap dalam video tu. Bunyinya macam ala² orang Indonesia je! Entah² .. video ini diambil di sana? Mana taukan! Lagipun .. orang tua² cakap .. dalam dunia nie .. ada tujuh orang yang mempunyai rupa paras yang sama. So .. nie mungkin salah sorang dari 'kembar' tujuh Elyana.
Lagi satu .. kalau betul pun nie Elyana. Biarlah dia nak buat apa. Nak menari ke. Nak berhibur ke. Tu semua adalah pilihan beliau sendiri dan bukan paksaan dari mana² pihak. Yang sepatutnya dihukum adalah siapa yang mengupload video tersebut di dalam Youtube. Kenapa dan apa motif orang tu berbuat demikian. Mungkin ada niat nak memburukkan Elyana ataupun hanya nak mencari publisiti murahan.Tengok la macam kes Peter Porn dan Luna Maya .. siapa yang buat (upload video) dan siapa yang kena (hukuman). Jadi korang fikirlah sendiri!