Apa yang lebih menarik, di majlis tersebut, Marion Caunter telah membuat pengakuan yang Nasa adalah teman lelaki pertamanya.. Disebabkan itu la kita jarang dengar gosip-gosip pasal Marion Caunter sebelum ini.. Malah tambah SM Nasaruddin lagi, beliau menyukai Marion kerana Marion seorang gadis yang baik hati, lemah lembut dan serius semasa bekerja.. sepanjang 5 tahun percintaan mereka, tidak pernah Marion meminta Nasa membeli apa-apa atau kereta free! dimana semua orang pun ketawa selepas kenyataan itu…
Jelas sekali kat sini yang perkahwinan mereka atas dasar cinta yang telah disemai selama 5 tahun lamanya.. sebelum SM Nasaruddin bergelar CEO lagi.. Jadi MyGosip rasa tiadalah istilah pisau cukur atau mata duitan disini.. Sama-sama lah kita doakan kebahagian Marion Caunter dan SM Nasaruddin sehingga ke anak cucu hendaknya.. MyGosip juga harap SM Nasaruddin mampu membimbing Marion Caunter yang juga saudara baru kita ke arah yang lebih baik…
Buat sesiapa yang tidak dapat hadir ke majlis perkahwinan Marion Caunter dan SM Nasaruddin ni.. jom kita ramai-ramai layan gambar kahwin mereka kat bawah ni…
Marion caunter dan Rizalman sedang bersiap sedia.. Marion mengayakan baju rekaan Rizalman pada malam itu.
Pengantin baru, Marion Caunter dan SM Nasaruddin nampak sangat sepadan.. Bagai pinang dibelah belah..
credit pic to: Wong CHun Wai, Farid Ridzuan, YiuLin, AfiraZaira, Rizalman dan ramai lagi