pen sekoding

SOSEH SOSEH: Cinta duda dan janda


E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
APABILA dengar gosip ini, SS macam tak percaya juga. Iyalah, mana tahu kalau-kalau cerita ini hanya rekaan yang bertujuan untuk memanaskan suhu dunia hiburan kita.
Tapi apabila difikir-fikirkan semula, tiada yang mustahil dalam dunia ini kerana macam-macam boleh berlaku.

Sebelum ini pun, SS pernah terbaca mengenai pasangan bercerai yang rujuk semula selepas bertahun-tahun berpisah.

Ada pula pernah bertunang, tapi tak kesampaian. Setelah berkahwin dengan orang lain dan pasangan mereka meninggal dunia, mereka kembali berjumpa dan berkahwin. Itulah antara keajaiban yang berlaku sekarang.


Jadinya tidaklah menghairankan sangat apabila sepasang kekasih ini kembali menjalin cinta seperti dulu. Tapi situasinya berbeza apabila masing-masing kembali memegang status single. Jadi, tiada masalah dan tiada siapa yang akan marah.

Menurut sumber yang menyampaikan berita ini, sudah kerap kali dia melihat artis kacak yang kaya-raya serta menjadi pujaan wanita ini berpacaran dengan pasangannya, artis jelita yang tak kurang popularnya. Dulu mereka pernah dikatakan bercinta ketika sama-sama berlakon dalam satu filem popular.

Kalau tidak silap SS, ketika itu artis lelaki ini sudah ada kekasih hati hingga gosip mengenai mereka sedikit menggoncangkan dunia hiburan juga.

Namun agaknya itu hanya sekadar cinta lokasi apabila si jejaka bertemu jodoh dengan orang lain. Tapi rumah tangganya juga tak kekal lama dan akhirnya kembali sendiri. Artis wanita ini pula bertemu jodoh dengan orang lain, namun ditakdirkan rumah tangganya bergelora dan jalan terbaik diambil ialah berpisah dengan suaminya.

Penceraian itu dikaitkan dengan seorang artis lelaki lain, tapi masing-masing menafikan dan akhirnya cerita ini senyap begitu saja.

SS rasa pihak media pun sudah bosan bertanyakan soalan sama kepada mereka. Lagipun jawapan klise yang diberikan ialah mereka sekadar menghayati watak dalam filem dan sebagainya lagilah.

Berbalik semula kepada sumber itu, katanya, pasangan ini dilihat begitu intim ketika berjalan bersama di sebuah kompleks beli-belah yang agak jauh dari pusat bandaraya. Mungkin mereka ingat masyarakat tak kenal mereka, tapi apabila sudah bergelar selebriti, sudah tentulah mereka takkan terlepas dari ekor mata peminat.

Jika benarlah cerita ini, SS tumpang gembira kerana mereka pasti mengharapkan kebahagiaan setelah melalui pengalaman yang pahit dalam perkahwinan pertama masing-masing.

Memang tak salah mereka bercinta kerana kedua-duanya tiada komitmen dengan sesiapa sekarang. SS berharap hubungan mereka berakhir di jenjang pelamin dan SS sudah bayangkan, betapa meriahnya majlis perkahwinan mereka jika ia benar-benar berlaku.
Kongsi artikel ini menerusi media sosial